Tuesday, September 18, 2007

Diva or Divo?


20070918

Diva or Divo?

By Kifli Bujang, Behind the Scene Blog, PETALING JAYA, September 18th, 2007 (TUE)

Disebalik sesi fotografi untuk majalah DIVA keluaran September 2007.

Saya sebenarnya langsung tidak ingat tentang ‘photoshoot’ ini. Sudah separuh jalan ke tempat kerja baru saya teringat yang saya ada janji temu dengan editor majalah tersebut di Myth Studio, Damansara Perdana.

Terus saja saya memutar stering kereta kembali ke rumah dan capai baju yang sesuai.

Janjinya pukul 10 pagi, 10.30 pagi baru saya muncul di Myth Studio yang sering digunakan untuk ‘photoshoot’ majalah-majalah antarabangsa seperti HerWorld, Cleo dan sebagainya.

Kredit perlu diberikan kepada jurugfoto yang cukup professional dan panatariasnya yang pandai membangkitkan mode saya.



Berikut beberapa foto ‘behind the scene’!

Friday, September 14, 2007

Berita* = News*


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Berita:
= News, e.g. "Bertita Bernama" and "Berita Indonesia" = "Online News Sources for Indonesia."

Usage Example: Berita Bernama:

"Dagangan bagi tujuh bulan pertama tahun ini meningkat 27.5 peratus kepada AS$109.7 bilion dan dianggarkan mencecah AS$190 bilion bagi keseluruhan tahun dan dijangka melepasi AS$200 bilion dalam 2008, dua tahun lebih awal dari dirancang," katanya kepada sidang berita di sini mengenai Ekspo China-Asean (CAEXPO) tahunan yang akan diadakan di bandaraya Nanning yang terletak di selatan pada 28-31 Okt.

Akauntabiliti* = Accountability*


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Akauntabiliti = Accountability.

Usage Example:

Indeks Akauntabiliti Bagi Semua Kementerian, Negeri Mulai Tahun Depan

PUTRAJAYA, 14 Sept (Bernama) -- Dalam usaha membendung pelbagai kepincangan pengurusan dana awam, Ketua Audit Negara akan memperkenalkan satu indeks akauntabiliti pengurusan kewangan bagi semua kementerian dan perbendaharaan negeri mulai tahun depan. Web6.Bernama.com

Thursday, September 13, 2007

Berkekuatan* = Reached* or Hit*


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Berkekuatan: = Reached or Hit

Usage Example:

13 September, 2007 20:45 PM

Setelah Sumatera, Gempa 6. 4 SR Goncang Sulawesi Utara

Oleh Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, 13 Sept (Bernama) -- Selepas menggegarkan pantai barat Sumatera, gempa bumi berkekuatan 6.4 pada skala Richter (SR), yang diumumkan berpotensi menyebabkan berlakunya tsunami, menggoncang pula Sulawesi Utara pada pukul 4.48 petang pada hari pertama puasa di bulan Ramadan.

Data dari Badan Meteorologi dan Geofizik Indonesia (BMG) mencatatkan gempa itu terjadi pada kedalaman 30km, pada jarak kira-kira 291km ke timur laut Bitung hari ini.

Jurucakap Pusat Gempa Nasional Indonesia di sini berkata bagaimanapun sehingga pukul 6.30 petang belum ada laporan mengenai sebarang kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa.

Katanya dengan kedalaman pusat kejadian gempa itu hanya 30km, gempa berkekuatan 6.4 SR itu berpotensi menyebabkan badai pembunuh tsunami dan telah meminta penduduk di kawasan pinggir pantai supaya sentiasa berjaga-jaga.

Media massa tempatan pula melaporkan gegaran gempa itu paling kuat dirasakan di bandar terdekat Naha, manakala di ibu kota Sulawesi Utara, Manado dan sebuah Bandar lainnya Sangihe, gegarannya dirasakan lebih lemah.

-- BERNAMA

Setelah Sumatera, Gempa 6. 4 SR Goncang Sulawesi Utara


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

The New York Times is reporting that earthquakes ["gempa bumi" in Malay] and rescue efforts are continuing in Indonesia:

PADANG, Indonesia, Sept. 13 — Two more strong earthquakes ["gempa bumi" in Malay] shook the coast of the Indonesian island of Sumatra ["Sumatera" in Malay] today, following the major quake that hit Wednesday, but the area escaped a major tsunami like the one that devastated the region nearly three years ["tahun" in Malay] ago.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sumatera = Sumatra.

Just over a dozen people ["orang" in Malay] were reported to have died in the earthquakes, ["gempa bumi" in Malay] although hundreds of buildings were damaged in the coastal cities ["bandaraya" in Malay] of Padang and Bengkulu in western Sumatra. NYT

Pagi* = Morning*


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pagi: means "morning" in English.

Usage Example:

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Penghuni bangunan tinggi di Lembah Klang sekali lagi cemas apabila digegarkan kesan daripada gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang berlaku di wilayah Jambi, selatan Sumatera pagi ini, 12 jam selepas gempa kuat berukuran 8.2 SR di Bengkulu semalam. Gempa Bumi Di Jambi Gegar Bangunan Di KL

Gempa Bumi Di Jambi Gegar Bangunan Di KL

Web6Bernama.com is reporting:

Gempa Bumi Di Jambi Gegar Bangunan Di KL


LANGKAH BERJAGA-JAGA…Sebahagian daripada kakitangan kerajaan yang bertugas di Menara TH Selborn, Jalan Tun Razak, meninggalkan bangunan sebaik merasai gegaran akibat gempa bumi kuat di Jambi selatan Sumatra pagi ini. Foto: Zainol Bidin

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Penghuni bangunan tinggi di Lembah Klang sekali lagi cemas apabila digegarkan kesan daripada gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang berlaku di wilayah Jambi, selatan Sumatera pagi ini, 12 jam selepas gempa kuat berukuran 8.2 SR di Bengkulu semalam.

Gempa bumi pada 6.49 pagi ini memberi kesan antaranya kepada bangunan Menara TM (Telekom) di Lembah Pantai, Menara TH Selborn di Jalan Tun Abdul Razak dan Hotel Nikko di Jalan Ampang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah berkata pihaknya menerima lebih 50 panggilan daripada orang ramai mengenai gegaran itu sejak pukul 7.55 pagi.

Sebagai langkah berjaga-jaga penghuni bangunan-bangunan terbabit telah diarah keluar dan hanya dibenarkan naik semula selepas 45 minit.

"Setakat ini keadaan terkawal dan pemantauan dari semasa ke semasa diteruskan. Pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) turut membantu memeriksa bangunan terbabit bagi mengesan sebarang keretakan," katanya.

Seorang kakitangan di Menara TM ketika dihubungi Bernama berkata semua kakitangan yang berada di menara itu pada masa itu diarah keluar setelah gegaran dirasai.

"Kami rasa gegaran itu kira-kira pukul 8 pagi dan pihak keselamatan meminta kami mengosongkan bangunan. Setelah pemeriksaaan dibuat kami dibenarkan naik semula pada 9.30 pagi," katanya.

Keadaan serupa berlaku di Menara TH Selborn apabila kakitangan yang bekerja di situ merasai gegaran kira-kira pukul 7.55 pagi, yang memaksa mereka mengosongkan menara itu sementara menunggu jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tiba.

Beberapa mercu tanda seperti Menara Kembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur serta Alor Star di Kedah tidak mengalami kesan gegaran akibat gempa bumi di Jambi pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Mohamad berkata: "Jurutera telah memberikan laporan kepada saya. Gempa bumi itu tidak memberi sebarang kesan kepada bahagian kepala atau di bawah menara. Keadaan di Menara KL adalah selamat."

Katanya keadaan Menara Alor Star juga selamat.

Eksekutif Perhubungan Media Petronas Riduan Zulkifli berkata keadaan Menara Kembar Petronas setinggi 88 tingkat juga selamat.

-- BERNAMA

Mykamus Free Malay/English Dictionary Download


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Mykamus Free Malay/English Dictionary Download

kamus dwibahasaa: = concise bilingual dictionary.

Hill_mie87 has volunteered to help proofread this Encyclopedia and has also directed me to a free download for a very good Malay/English dictionary.

The dictionary includes usage examples, and a very intuitive and easily-understood graphic user interface (GUI).

You have to download this the MyKamus dictionary program to your desktop or software folder and then open it and decompress it to install it. It downloads without any toolbars or other PC killers. Although it tries to install itself in the computer start-up files, my SpyBot Antivirus Program dialog boxes appeared and offered me the option of installing the progam in my computer without installing it in the computer start-up folder. Even though I don't want the the program to start automatically when the computer starts, the program still works without installing it in the computer's start-up folder.

Give this program a try and tell me how you like it!

Thanks, hill_mie87!

Nasional* = National*


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nasional:
= National.

Usage Example:

(1) Berita Utama:

Proton: Kerajaan Masih Belum Terima Cadangan Rasmi VW

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kerajaan masih belum menerima cadangan rasmi daripada syarikat automotif Jerman, Volkswagen AG (VW) berhubung kemungkinan menjalin perkongsian dengan pembuat kereta nasional Proton Holdings Bhd, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

(2) Web5Bernama.com

Proton Meterai Perjanjian Kolektif Dengan Kesatuan Sekerja

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) dan Proton Tanjung Malim Sdn Bhd (PTMSB) hari ini menandatangani perjanjian kolektif dengan kesatuan sekerja masing-masing selepas selesainya perundingan.

Perjanjian selama tiga tahun itu ialah dari 1 Jan, 2007 hingga 31 Dis, 2009, dan ia menggabungkan faedah kewangan dan sosial baru dan yang pertingkatkan untuk ahli-ahli kesatuan, kata Proton Holdings Bhd dalam satu kenyataan.

Jabatan Meteorologi Malaysia* = Malaysian Meteorology Department*


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Jabatan Meteorologi Malaysia
= Malaysian Meteorology Department, says says Kifli Bujang of Berita Bernama.

Usage Example:

Tsunami Dikesan Di Padang, Indonesia, Ombak Setinggi 1-3 Meter

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga dan mengelak daripada berada di kawasan pantai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti berita mutakhir di media massa, katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. Bernama.com

WAWASAN

Menjadi pusat meteorologi bertaraf dunia yang
membekalkan perkhidmatan cemerlang di peringkat nasional dan
antarabangsa.

Misi

Kami komited untuk membekalkan pelbagai khidmat
meteorologi dan seismologi yang berkesan bagi memperbaiki perlindungan hayat, harta benda dan persekitaran, meningkatkan keselamatan di darat, laut dan
udara, mempertingkatkan kualiti hidup dan pertumbuhan ekonomi mapan.

OBJEKTIF

Menyediakan khidmat meteorologi bagi keselamatan dan kecekapan operasi penerbangan awam dan tentera, serta pelbagai aktiviti marin.
Menyediakan khidmat meteorologi dan seismologi bagi keselamatan dan keselesaan awam.

Menyediakan maklumat dan khidmat nasihat bagi tujuan kajian kebolehlaksanaan, perancangan dan pengurusan projek dan aktiviti-aktiviti sosioekonomi lain dalam bidang-bidang berikut:

Kajiklim
Kajicuaca Pertanian
Kajicuaca Hidro
Seismologi
Pencemaran Alam Sekitar
Perubahan Cuaca

Mencerap dan mengarkib data meteorologi, kandungan atmosfera dan seismologi untuk memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang bagi keseragaman dan kebolehpercayaan data kajiklim, kandungan atmosfera dan seismologi negara.

Memenuhi kewajipan antarabangsa dalam bidang meteorologi dan seismologi. Mempromosikan kefahaman dan kemajuan sains meteorologi dan seismologi.

Jabatan* = Department*


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Jabatan Meteorologi Malaysia

Jabatan = Department, e.g. "Weather Department," says Kifli Bujang of Berita Bernama.

Jabatan Meteorologi Malaysia = Malaysian Meteorology Department aka. Jabatan Kajicuaca Malaysia.

Usage Examples:
(1) 13 September, 2007 12:01 PM

Jabatan Meteorologi Kesan 22 Gegaran Susulan Sejak Petang Semalam

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia mengesan lebih kurang 22 gegaran berskala sederhana yang berukuran antara 4.5 hingga 7.8 pada skala Richter, sejak petang semalam selepas gempa kuat berukuran 8.2 skala berlaku di Bengkulu, selatan Sumatera, Indonesia. Web6.Bernama.com

(2) Wan Mohd Fadzlullah berkata Takaful IKHLAS membekalkan buku kecil yang dianggap sebagai "passport ke arah kecemerlangan kerjaya" kepada peserta yang menjalani pelbagai peringkat kursus berkenan.

Katanya setiap peserta kursus dikehendaki membawa "pasport" berkenaan setiap kali menghadiri kursus latihan yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Agensi. Web6.Bernama.com

Ribut Petir* = Thunderstorm*


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ribut Petir = Thunderstorm

Usage Example:
10 September, 2007 00:08 AM

Amaran Ribut Petir, Angin Kencang Di Pahang, Johor Dan Sabah

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Ribut petir di perairan pantai Pahang, Johor Timur dan Sabah yang kini berlaku dijangka berterusan sehingga awal pagi esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam ini berkata keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

-- BERNAMA

Ramalan* = Forecast*


Ramalan
= Forecast.

Usage Example: "Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata unjuran bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar enam hingga 6.5 peratus tahun depan, bagaimanapun, merupakan ramalan berhati-hati memandangkan ketidak pastian mengenai kesan ekonomi AS dan dunia." Web6.Bernama.com

Thanks go to Kifli Bujang for providing the following information, and confirmation of the Encyclopedia's hypothesis about weather vocabulary in the Malay Language:

Here's a funny "ramalan" video of a weather forecast, and below is a graphic from Jabatan Meteorologi Malaysia, "AKA Jabatan Kajicuaca Malaysia," which means "Malaysian Meteorology Department, per Kifli Bujang.


Image Hosted by ImageShack.us

Ramalan Cuaca Umum

Wednesday, September 12, 2007

Khamis* = Thursday*

Rabu = Wednesday