Thursday, September 13, 2007

Berkekuatan* = Reached* or Hit*


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Berkekuatan: = Reached or Hit

Usage Example:

13 September, 2007 20:45 PM

Setelah Sumatera, Gempa 6. 4 SR Goncang Sulawesi Utara

Oleh Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, 13 Sept (Bernama) -- Selepas menggegarkan pantai barat Sumatera, gempa bumi berkekuatan 6.4 pada skala Richter (SR), yang diumumkan berpotensi menyebabkan berlakunya tsunami, menggoncang pula Sulawesi Utara pada pukul 4.48 petang pada hari pertama puasa di bulan Ramadan.

Data dari Badan Meteorologi dan Geofizik Indonesia (BMG) mencatatkan gempa itu terjadi pada kedalaman 30km, pada jarak kira-kira 291km ke timur laut Bitung hari ini.

Jurucakap Pusat Gempa Nasional Indonesia di sini berkata bagaimanapun sehingga pukul 6.30 petang belum ada laporan mengenai sebarang kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa.

Katanya dengan kedalaman pusat kejadian gempa itu hanya 30km, gempa berkekuatan 6.4 SR itu berpotensi menyebabkan badai pembunuh tsunami dan telah meminta penduduk di kawasan pinggir pantai supaya sentiasa berjaga-jaga.

Media massa tempatan pula melaporkan gegaran gempa itu paling kuat dirasakan di bandar terdekat Naha, manakala di ibu kota Sulawesi Utara, Manado dan sebuah Bandar lainnya Sangihe, gegarannya dirasakan lebih lemah.

-- BERNAMA

No comments: