Thursday, September 13, 2007

Jabatan Meteorologi Malaysia* = Malaysian Meteorology Department*


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Jabatan Meteorologi Malaysia
= Malaysian Meteorology Department, says says Kifli Bujang of Berita Bernama.

Usage Example:

Tsunami Dikesan Di Padang, Indonesia, Ombak Setinggi 1-3 Meter

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga dan mengelak daripada berada di kawasan pantai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti berita mutakhir di media massa, katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. Bernama.com

WAWASAN

Menjadi pusat meteorologi bertaraf dunia yang
membekalkan perkhidmatan cemerlang di peringkat nasional dan
antarabangsa.

Misi

Kami komited untuk membekalkan pelbagai khidmat
meteorologi dan seismologi yang berkesan bagi memperbaiki perlindungan hayat, harta benda dan persekitaran, meningkatkan keselamatan di darat, laut dan
udara, mempertingkatkan kualiti hidup dan pertumbuhan ekonomi mapan.

OBJEKTIF

Menyediakan khidmat meteorologi bagi keselamatan dan kecekapan operasi penerbangan awam dan tentera, serta pelbagai aktiviti marin.
Menyediakan khidmat meteorologi dan seismologi bagi keselamatan dan keselesaan awam.

Menyediakan maklumat dan khidmat nasihat bagi tujuan kajian kebolehlaksanaan, perancangan dan pengurusan projek dan aktiviti-aktiviti sosioekonomi lain dalam bidang-bidang berikut:

Kajiklim
Kajicuaca Pertanian
Kajicuaca Hidro
Seismologi
Pencemaran Alam Sekitar
Perubahan Cuaca

Mencerap dan mengarkib data meteorologi, kandungan atmosfera dan seismologi untuk memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang bagi keseragaman dan kebolehpercayaan data kajiklim, kandungan atmosfera dan seismologi negara.

Memenuhi kewajipan antarabangsa dalam bidang meteorologi dan seismologi. Mempromosikan kefahaman dan kemajuan sains meteorologi dan seismologi.

No comments: